Malaysia Dateline

Belum ada satu pun pegawai dilantik, tegas Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan sehingga kini belum ada satu pun pegawai yang telah dilantik di pejabatnya secara rasmi.

“Setiausaha politik, setiausaha akhbar dan pegawai tugas-tugas khas juga belum ada.

“Saya masih lagi dalam proses menemuduga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan,”tulis beliau di Facebooknya.

Beliau terpanggil untuk memberi penjelasan ini memandangkan terdapat khabar angin telah berlakunya perlantikan pegawai di Pejabat Menteri Belia dan Sukan.

“Untuk mengangkat dan memartabatkan suara anak muda, saya perlukan #TeamYouthPower yang terbaik dalam KBS,”katanya.

Ahli Parlimen Muar yang berusia 26 tahun telah mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan menteri sebelum ini, Khairy Jamaluddin.