Belum setahun bercerai, pelakon nekad nikah lelaki berstatus duda, terima mas kahwin sebuah masjid

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini selepas pasangan selebriti Indonesia Ammar Zoni dan Irish Bella yang bercerai akibat penyalahgunaan dadah.

Pada November tahun lepas, Irish dikatakan menfailkan cerai terhadap Ammar kerana tidak lagi mampu menahan sikap pelakon itu yang juga seorang penagih dadah.

Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Kini nama Irish tular kembali selepas menamatkan zaman janda bersama lelaki yang identitinya tidak dikongsikan kepada umum.

Irish memilih berkahwin dengan seorang usahawan bernama Haldy Sabri hanya selepas lapan bulan bercerai dengan Ammar.

Menurut portal Insertlive, peguam Irish juga mengesahkan Haldy adalah seorang duda dengan dua anak. Namun kedua-dua anaknya sudah besar.

Selain status suami baharunya menjadi perhatian, mas kahwin yang diberikan kepada Irish Bella juga membuat khalayak terpegun.

Mas kahwin diberikan kepada wanita berusia 28 tahun itu juga bukan biasa-biasa, Irish menerima sebuah masjid sebagai mas kahwinnya.

“Saya (wali) hakim, saya nikahkan saya kahwinkan seorang puteri bernama Yris Jetty Dirk de Beule bin Johan de Beule kepadamu dengan mas kahwin satu buah masjid dibayar tunai,” ujar wali hakim seperti dilapor Insertlive.

Baca juga: Dulu tak merasa ada majlis, Datuk Red kasihan dekat Adira kalau kali ini nikah sorok-sorok