Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat, kata Saifuddin

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat, kata Saifuddin

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 23, 2020 5:31 pm




Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu belum menerima maklumat akan berlakunya rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata, malah beliau baru sahaja bercakap dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya untuk menyiapkan pakej rangsangan ekonomi.

“Walaupun hari ini hari Ahad, namun beliau (Guan Eng) masih ke pejabat untuk bekerja jadi kami sendiri tidak ada maklumat berkaitan rombakan Kabinet itu.

“Saya juga hanya mengetahui mengenai ada menteri yang sudah mengemas meja melalui laporan media namun tidak tahu berkaitan isu ini,” dipetik dari Harian Metro hari ini.

Terdahulu sebuah portal melaporkan sesetengah menteri telah mengosongkan jadual mereka minggu depan, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar kabinet.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production