Malaysia Dateline

Benarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dapat SPBT dan RMT

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji semula dasar melarang kanak-kanak tanpa kerakyatan meminjam buku teks dan mendapat sarapan pagi percuma terutama kanak-kanak yang ibu bapanya warganegara Malaysia.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, kementerian harus membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan layak menyertai Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Saya secara khusus membangkitkan isu ini di parlimen pada persidangan yang lalu, tetapi maklum balas Kementerian Pendidikan pada 21 Mac menjelaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengubah dasar semasa.

Benarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan dapat SPBT dan RMT
Kaji semula dasar melarang kanak-kanak tanpa kerakyatan dapat sarapan pagi percuma

“Sekolah seharusnya menjadi tempat kita mendidik anak-anak kita menentang diskriminasi,” kata beliau.

Tambahan pula katanya, ramai kanak-kanak tanpa kerakyatan datang daripada keluarga berpendapatan rendah, layanan diskriminasi akan menjejaskan harga diri dan pertumbuhan kanak-kanak.

“Jangan menghukum anak yang tidak bersalah kerana kesilapan atau kecuaian ibu bapa mereka,” ujarnya lagi.

Justeru katanya, sekolah tidak seharusnya menjadi sarang untuk membiak sikap diskriminasi, dan menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan persekitaran persekolahan yang saksama dan tidak diskriminasi.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan di Parlimen mengesahkan bahawa “dasar penolakan sifar” tidak akan digunakan untuk permohonan daripada kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Sepanjang tempoh Pakatan Harapan, “dasar penolakan sifar” adalah strategi dasar yang pegawai di semua peringkat daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri hingga ke Pejabat Pendidikan Daerah diberitahu untuk dilaksanakan dengan serius.

Di bawah strategi ini, pegawai di semua peringkat telah diperintahkan untuk memudahkan proses kemasukan bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan dan kanak-kanak berkeperluan khas, bagi memastikan kanak-kanak berumur sekolah tidak tercicir dari sekolah.

“Amat mengecewakan bahawa Kementerian Pendidikan selepas rampasan kuasa Sheraton tidak menganggap persekolahan sebagai hak asasi manusia untuk semua kanak-kanak, dan tidak dapat mengekalkan dasar untuk memudahkan prosedur untuk kemasukan kanak-kanak tanpa kerakyatan,” ujarnya.