Bencana banjir: Lima institusi IKRAM aktifkan operasi bantuan

Oleh KIM SYAZIE

Berikutan bencana banjir melanda negara sejak beberapa hari lalu, sebanyak lima institusi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kini sedang mengaktifkan operasi bantuan kepada mangsa di kawasan-kawasan terjejas.

Institusi-institusi tersebut ialah Yayasan IKRAM Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) telah melancarkan Tabung Cakna Banjir. Orang ramai boleh menyumbang melalui pautan https://www.billplz.com/caknabanjir atau akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank Islamic 562142404402) dengan rujukan ‘CaknaBanjir’.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan Kempen Bencana Banjir dengan sumbangan boleh dibuat melalui https://mycare.qrd.by/bencana atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602135592) dengan rujukan: Banjir / Bencana.

Hidayah Centre Foundation (HCF) turut mengambil inisiatif melalui Tabung Kecemasan Bencana Alam yang mana sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://bit.ly/TBencana atau akaun The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered melalui;

Maybank (562209624421), dengan rujukan ‘Tabung Bencana’

Bank Islam (12113010049433), dengan rujukan ‘Tabung Bencana’

Bank Rakyat (110461000356), dengan rujukan ‘Tabung Bencana’.

IKRAM Health pula melancarkan tabung kecemasan untuk sumbangan pembelian ubat-ubatan dan keperluan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/danabanjirIH atau akaun Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (CIMB 8604921680) dengan rujukan ‘danabanjirIH’.

Badan mahasiswa, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) juga melancarkan Sumbangan #DaruratBanjir melalui pautan https://www.billplz.com/DaruratBanjirHarmoni dengan sasaran kutipan sumbangan RM10,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai institusi-institusi IKRAM yang bergerak bersama membantu masyarakat dan membina Negara Rahmah, sila klik pautan https://ikram.org.my/institusi-institusi-ikram/.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), sehingga semalam seramai 41,552 orang mangsa banjir dipindahkan ke 408 buah pusat pemindahan melibatkan lapan negeri.

Tiga negeri yang mempunyai mangsa banjir paling tinggi ialah Selangor (data setakat 20 Disember) iaitu 18,268 orang, Pahang 17,011 dan Kelantan ,956. Negeri-negeri lain yang terlibat ialah Kuala Lumpur (522), Melaka (710), Negeri Sembilan (355), Perak (427) dan Terengganu (303).

Di Selangor, daerah Klang mempunyai mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 10,670 orang diikuti dengan daerah Petaling (3,872) dan Kuala Langat (1,988). Di Pahang, daerah Kuantan mempunyai paling ramai mangsa banjir iaitu 6,631 orang diikuti Temerloh (2,674) dan Raub (2,393).


Penulis merupakan Penolong Pengurus
Jabatan Penyiaran & Komunikasi IKRAM