‘Benda simple tapi boleh melupuskan manusia tak berakal’

Oleh ARIF ATAN

Satu benda simple yang dianggap boleh menghilangkan stres sebenarnya melupuskan manusia tidak berakal lantaran mengundang risiko tinggi ketika kemalangan.

Perkongsian seorang pemandu di media sosial dengan menunjukkan aksesori dummy buckle atau alat nyah aktif penggera tali pinggang keselamatan hanya mengundang kecaman warga maya.

“Benda simple mendekatkan diri dengan Tuhan,” perli netizen merujuk pada risiko tinggi kehilangan nyawa.

Justeru, orang ramai mengingatkan bahawa penggunaan alat yang bertujuan ‘mematikan’ penggera tali keledar kenderaan itu hanya akan menyebabkan pemandu hilang kelayakan untuk menuntut insurans.

“Kalau benda ni jumpa dan masih lekat di buckle seat belt, boleh batal terus insurans. Claim pun tak boleh.

“Rugilah bayar insurans setiap bulan tapi tak boleh claim pasal benda ‘simple’ ni.

“Pihak insurans dapat kesan benda ni, habislah,” demikian antara komentar warganet.

Untuk rekod, dummy buckle sebenarnya direka dan dipasarkan untuk kegunaan individu berbadan saiz besar.

Bagaimanapun, benda itu disalah guna untuk tujuan ‘mematikan’ penggera tali keledar kenderaan mengakibatkan beg udara tidak mampu diaktifkan apabila berlaku impak pelanggaran ketika kemalangan.

Alat itu tiada peranti pengesan seperti diletakkan dalam seat belt extender (penyambung tali pinggang keledar) untuk kegunaan orang berbadan saiz besar.

Baca juga ‘Duit beli susu, pampers anak pun harap simpati kawan’ – Ini realiti poket marhaen, netizen kongsi cara elak dompet ‘kering-kontang’

Baca juga Piala AFC: Hadiah lumayan menanti KL City