Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bendahari DAP Sabah angkat sumpah Adun dilantik hari ini

Bendahari DAP Sabah angkat sumpah Adun dilantik hari ini

BernamaJune 17, 2019 3:06 pm




Bendahari DAP Sabah Loh Ee Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali di dewan bersidang Dun, di sini.

Majlis mengangkat sumpah itu disaksikan oleh kedua-dua Timbalan Speaker Dun Sabah iaitu Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun, selain turut dihadiri Adun Likas Tan Lee Fat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Loh mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas pelantikan tersebut selain turut melahirkan penghargaan kepada pemimpin dan anggota DAP Sabah kerana menyokong pemilihannya sebagai Adun dilantik.

“Saya akan berjumpa dengan ketua menteri terlebih dahulu, dan selepas itu baharu saya tahu apakah tugasan saya seterusnya. Bagaimanapun, saya akan terus menjalankan tanggungjawab sedia ada termasuk sebagai pemimpin pembangunan masyarakat di Likas,” katanya.

Loh, 55, berasal dari Pulau Pinang dan telah mendapatkan status Pemastautin Tetap di Sabah pada 1998 itu mula bergiat aktif dalam arena politik selepas menyertai DAP tujuh tahun lepas sebelum memegang jawatan sebagai bendahari parti pada 2015.

Sebelum ini, wujud pertikaian terhadap pemilihan Loh sebagai Adun dilantik kerana beliau bukan dilahirkan di Sabah, namun, Mohd Shafie menjelaskan pemilihan tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan selain Adun dilantik dicadangkan DAP itu adalah seorang warganegara Malaysia menetap di Sabah.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production