Malaysia Dateline

Bendera bintang lima bucu : Desakan Presiden MABA agar letak jawatan

Pemuda AMANAH Negeri Kedah  mendesak supaya Presiden  Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Datuk Luo Choon Hann  dan seluruh jawatankuasanya perlu meletak jawatan serta merta sekiranya benar-benar mengambil tanggungjawab sepenuhnya akan insiden yang memalukan berlaku pada Kejohanan Bola Keranjang ke28 baru-baru ini.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Ahmad Syauqi Al Abrar Saifuddin.

Ahmad Shauqi Al Abrar Saifuddin

Katanya, Pemuda AMANAH Negeri Kedah memandang serius tindakan mempamirkan Jalur Gemilang berbintang lima bucu oleh penganjur sebagai suatu kebiadaban serta mencabuli semangat patriotisme.

“Kejadian tersebut telah menimbulkan suasana kurang aman dikalangan rakyat negara ini yang berbilang kaum serta telah mencetuskan pertelingkahan isu perkauman dengan begitu ketara sekali.

“Dalam masa yang sama, isu ini telah dijadikan modal politik jijik oleh pembangkang bagi menyemarakkan api perkauman dan kebencian dikalangan rakyat,” tegasnya.

Jelasnya lagi, biarpun MABA menerusi Luo Choon Han telah membuat permohonan maaf secara terbuka serta menamatkan kontrak penganjuran serta merta, Pemuda AMANAH Negeri Kedah merasakan ianya tidak memadai dan perlunya suatu tindakan yang lebih drastik diambil oleh MABA sebagai tanda tanggungjawab.

Dakwanya lagi, mereka juga cuba menuding jari kononnye insiden ini didalangi oleh DAP yang merupakan sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan (PH), walhal secara jelas Luo Choon Ham adalah pimpinan MCA Kelantan yang juga merupakan rakan muafakat Umno dan Pas.

Malah katanya, modal politik seumpama ini dilihat jijik sama sekali dan cubaan jahat untuk mencemarkan imej PH, dakwanya .

“Pemuda AMANAH Negeri Kedah menjunjung tinggi dan mendukung perlembagaan negara serta menganggap walau siapa sahaja yang cuba mencemarkan imej serta kedaulatan negara adalah pengkhianat yang seharusnya dikenakan hukuman yang setimpal.

“Tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan kerana bertindak pantas dengan mengarahkan siasatan segera secara menyeluruh dijalankan berkenaan isu ini.

“Kami amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera bagi meredakan kacau ganggu serta suasana kurang harmoni yang dianggap sebagai sesuatu yang biadap, ” tambahnya.

Menurut beliau lagi, Pemuda AMANAH Negeri Kedah mengajak seluruh rakyat negara ini supaya sama-sama menyemai semangat cinta akan negara serta menghormati Jalur Gemilang panji negara yang senantiasa menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara ini.