Bendera DAP jadi bahan provokasi

Bendera DAP jadi bahan provokasi

Mewujudkan sentimen perkauman sudah menjadi lumrah semasa kempen pilihan raya berlangsung bertujuan menakut-nakutkan pengundi.

Di kawasan N56 Kukup, bendera DAP sengaja dipasang pihak tidak bertanggung jawab berselang seli dengan bendera PPBM di kawasan majoriti Melayu bertujuan menimbulkan provokasi.

Calon AMANAH-PKR Dun Kukup, Suhaizan Kaiat berkata perkara tersebut sengaja dilakukan bagi menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

“Kami dapati tindakan ini berniat jahat yang mana pihak tersebut cuba menyemarakkan rasa kebencian terhadap parti DAP di kawasan Melayu.

“Selain itu perkara tersebut juga cuba meniupkan kebencian terhadap Pakatan Harapan (PH) dengan menunjukkan DAP kononnya dominan dalam pakatan politik itu,” katanya.

Suhaizan Kaiat (kanan) bersama penduduk kampung yang menunjukkan bendera DAP yang dipasang berselang seli dengan bendera PPBM bagi tujuan provokasi.

Suhaizan turut menafikan bendera-bendera DAP itu dipasang oleh petugas pilihan raya PH memandangkan parti-parti gabungan bersetuju menggunakan lambang PKR dalam PRU ini khususnya di Semenanjung.

Beliau seterusnya mengajak pihak lawan untuk bertanding secara berhemah dan bukan secara tidak bertamadun dengan mencetuskan provokasi kaum dan agama.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Pontian.

8.3
OVERALL SCORE
: 5.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS