Bengang tiba-tiba petik aurat isteri, Caprice bagi PU Syed tempoh 24 jam untuk minta maaf

Oleh KIM SYAZIE

Bengang perihal isteri tiba-tiba ‘dipetik’ oleh seorang Pencetus Ummah (PU), penyanyi rap, Caprice memberi tempoh 24 jam untuk individu berkenaan memohon maaf secara terbuka.

Caprice dalam hantaran Insta Story memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membongkar pula rahsia pendakwah yang dikenali sebagai PU Syed.

Dia juga menyertakan tangkap layar kenyataan PU Syed yang seperti kurang senang dengan tindakan Caprice melakukan siasatan sendiri untuk membongkar kelakuan PU Azman yang kini berhadapan dengan lima tuduhan amang seksual fizikal.

“Salam PU Syed, Cap bagi hang 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait bini Caprice dengan kes jenayah seorang PU.

“Apa kaitan? Kenapa tiba-tiba nak petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula kat sini. Tak ada kaitan jangan mulakan. Jika tidak, kita pun boleh mulakan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Caprice juga telah bertindak menghantar mesej melalui WhatsApp kepada PU Syed untuk meminta penjelasan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, PU Syed dianggap seperti ‘pilih bulu’ apabila berdiam diri dari mengulas isu yang sedang dihadapi PU Azman.

Memberi respon kepada dakwaan itu, PU Syed berkata dia bingung apabila masih ada pihak mendesaknya mengulas kes yang sedang dibicara dan disiasat.

Katanya, dia memilih untuk tidak lantang bersuara kerana kes sedang berjalan dan menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan sama ada PU Azman bersalah atau tidak.

Selain itu, dia juga sempat memetik nama Caprice yang dilihat sedang rancak melakukan siasatan sendiri selain menitipkan pesanan agar usahawan itu mengurus aurat isterinya dahulu sebelum layak jadi ‘tiger of al Quds’.

tulisan PU Syed yang menyentuh perihal isteri Caprice

Baca juga: Dr Maza terkesima dengar ucapan ahli politik mahu menang PRU untuk lepas dari tuduhan rasuah

Baca juga: Pelanggan AKSB ‘kena lipat’ patut bayar deposit RM400 lebih bukan RM1000, baki pula terus jadi sumbangan