Bentuk pemikiran wanita dengan politik baharu berteras Islam, kata Mahfuz

Mahfuz menyampaikan sijil keahlian AMANAH pada salah seorang ahli AWAN Negeri Kedah.

AWAN Negeri Kedah disarankan supaya menghayati pengertian sebenar Rahmatan Lil Alamin di samping mewujudkan transformasi sebenar bagi seluruh anggota AWAN dan juga golongan wanita di negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Konvensyen AWAN Negeri Kedah bagi kali ke-2 kelmarin.

Jelas beliau lagi, transformasi manusia harus bermula dengan transformasi pemikiran.

Di samping itu katanya, pemikiran pula perlu dibentuk dengan politik baru yang berteraskan pada agama Islam sehingga mampu membawa kepada kesejahteraan melalui konsep Rahmatan Lil Alamin.

“Transformasi pemikiran harus dilihat melalui aspek kehidupan.

“AWAN mesti membawa idea baru kepada masyarakat dengan memperkenalkan program ekonomi tambahan yang pelbagai.

“Program yang mampu untuk menambah nilai dan ekonomi masyarakat khususnya golongan wanita mesti menjadi antara agenda yang diperjuangkan,” ujarnya lagi.

Mahfuz bersama-sama pimpinan AWAN Kedah dan Wanita PH Kedah kelmarin.

Malah katanya, AWAN perlu bergerak dengan memikirkan pendekatan baru supaya banyak program yang dapat dimanfaatkan oleh golongan wanita.

Sehubungan itu tegasnya, mendekati pelbagai agensi kerajaan yang ada mesti ditingkatkan dan dilipatgandakan bukan saja oleh AWAM tetapi juga wanita dari PKR, Bersatu dan DAP.

“Mendekati agensi kerajaan yang ada mampu memberi impak yang positif kerana terdapat banyak saluran yang boleh diakses.

Antara pimpinan AWAN dan Wanita PH yang hadir pada Konvensyen AWAN Kedah kali ke-2.

“Maka itu merealisasikan segala kemudahan yang ada boleh meringankan pelbagai macam permasalahan masyarakat yang timbul.

“Justeru itu AWAN mesti siap siaga untuk mereformasikan pemikiran maupun idea ke arah mencapai konsep Rahmatan Lil Alamin yang sedang diperjuangkan bagi rahmat semua manusia,” tambahnya lagi.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0