Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid berjaya memikat hati peminat Thailand dalam penampilan pertamanya bersama Ratchaburi FC.
Walaupun tidak berjaya menjaringkan gol, hantaran dan serangan yang dilancarkan pemain berusia 25 tahun itu telah mencipta banyak peluang.
Usaha tidak mengkhianati hasil, Safawi berjaya meledakkan satu gol sebelum dibatalkan oleh sistem bantuan pengadil (VAR) kerana bola berada di kedudukan offside.
Meskipun perlawanan menentang Khon Kaen United itu berakhir dengan kekalahan, aksinya itu dipuji oleh peminat Thailand.
Walaupun beberapa minggu berlalu, video perlawanan yang dimuat naik oleh laman Youtube milik Wonder Soccer Creator itu tidak henti dihujani dengan kata-kata positif.
Rata-rata peminat Ratchaburi berpendapat ahli skuad harimau Malaya itu begitu cepat menyesuaikan diri dengan ahli pasukan baru.
” Attitude (sikap) sukan yang baik. Dia sangat cepat menyesuaikan diri, dapat menyambut setiap setiap bola yang dihantar pasukannya,” komen pengguna bernama @zinzeus5349.
“Berlian yang dipotong dengan cantik. (Safawi) aset yang berharga dalam Liga Thailand dan pasukan kebangsaan Malaysia,” kongsi pengguna lain
Safawi mula beraksi di Liga 1 Thailand selepas tamat saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dan dipinjamkan sementara di Ratchaburi oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baca juga: Luahkan hasrat tidak mahu pulang ke Malaysia, kanak-kanak 4 tahun dikebumi di Taman Syurga