Berambus Obama, tanah ini masih bertuan, kata rakyat bantah TPPA

Hari ini dan esok bakal menyaksikan ketibaan Barrack Obama di ibu negara sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 disambut dengan himpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

 

Hari ini dan esok bakal menyaksikan ketibaan Barrack Obama di ibu negara sempena Sidang Kemuncak Asean ke-27 disambut dengan himpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Sejak malam tadi, akaun Twitter dan Facebook sebahagian aktivis dan pengguna laman sosial itu dibanjiri dengan hashtag #BerambusObama dan #GetLostObama.

Menurut pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), protes anti-Obama itu bakal berlangsung bermula di Menara Tabung Haji pukul 2 petang nanti iaitu selepas sembahyang Jumaat.

Bagi SAMM, himpunan tersebut juga merupakan mesej kepada bantahan rakyat terhadap Perjanjian Perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikepalai oleh sekutu rejim Israel itu.

Aksi protes TPPA seterusnya pada Sabtu ini dengan tema berpakaian warna hitam, Perhimpunan Aman Bantah TPPA dijadualkan berlangsung di sekitar KLCC.

Bermula solat Zohor berjemaah di Masjid As-Syakirin, para peserta akan berkumpul di perkarangan masjid dekat mercu tanda negara itu sebelum berarak ke arah stesen LRT Ampang Park pada 2.15 petang.

Dijangka sebanyak 30 organisasi NGO akan turut serta dengan kenyataan media sejam selepas itu dalam himpunan bertemakan Jangan Jual Negara.

Walau bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap himpunan anti-Obama itu tidak diteruskan sebagai kononnya menghormati tetamu.

Beliau menyifatkan himpunan depan Kedutaan AS itu hanya akan memburukkan keadaan dan tidak melambangkan identiti Malaysia yang penuh dengan adat dan budaya yang tinggi.

Dalam hal berkaitan, pengguna Facebook yang meletakkan hashtag #BerambusObama dan #GetLostObama di akaun masing-masing mengecam kedatangan Presiden AS ke-44 itu termasuk mengaitkan dasar negara itu dengan jenayah kemanusiaan di Palestin.

“Aku sayang negara aku,” tegas Mazuan Bahrul Zaman juga nada patriotik sama dari Ahmad Mazlan, “Tanah Malaysia Tanah Bertuan!!!” manakala Harris Nasril menyatakan, “Zahid dah bagi amaran jangan demo. Rakyat jawab: Apa kita takut?”

Nor Azman Sukerman pula berkata, “Allahu Akbar! Hidup Islam. Hidup Palestin. Hidup Malaysia. Aku benci Obama,” manakala Ahmad Akmalhisyam menulis, “Hidup Palestin. Jahanam Zionis. Jahanam Zionis. Jahanam Zionis”.

Najib akan meterai TPPA Februari depan?

Namun, reaksi rakyat yang menolak TPPA dilihat lain pula nadanya dengan Najib apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernada positif ke atas TPPA setakat kelmarin (18 November).

Presiden Umno itu ketika sidang media selepas menghadiri hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berkata, Malaysia membuat keputusan tepat menyertai TPPA pada peringkat awal.

Ujarnya lagi, keputusan tersebut memberikan kelebihan kepada negara untuk melindungi beberapa kepentingan strategik dan fleksibiliti dalam isu sensitif, termasuk berkaitan agenda Bumiputera dan kontrak kerajaan.

Sementara itu, kehadiran Obama yang dijadualkan berada di Malaysia sehingga Isnin depan dilihat turut mempengaruhi kelancaran trafik di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur.

Satu kiriman peringatan yang sedang viral di aplikasi WhatsApp menasihatkan pengguna tidak memasuki kawasan sekitar ibu negara dan Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan sekitar pukul 3 petang hari ini.

Sumber yang belum dibuktikan kesahihan itu memberitahu jalan tersebut akan ditutup kerana Obama dijadualkan akan menempuh laluan itu dari Subang menuju ke ibu Negara.

TAGS