Malaysia Dateline

Beranak ramai tapi menyusahkan masyarakat, B40 yang biawak hidup dinasihat buat ‘family planning’

Trend beranak ramai dalam sesetengah golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sehingga menyusahkan masyarakat menjadi topik hangat dalam kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini.

Mempunyai anak yang ramai tidak salah tetapi masalahnya apabila gagal mendidik dan memberi makanan mencukupi lagi berkhasiat kepada anak-anak sehingga mengundang masalah dalam masyarakat untuk jangka panjang.

Hal itu ditegaskan Aimullah Azmi apabila berpendapat sama ada memiliki anak seorang atau 10 sekalipun bergantung pada perangai ibu bapa itu sendiri.

“Ada anak ramai tiada masalah tapi yang jadi masalah tu yang jenis abai anak. Anak seorang atau 10, kalau ibu bapa perangai biawak hidup sama juga.

“Jenis kerja malas, tapi rajin buat anak tu yang masalah. Bukan semua B40 teruk. Ada juga yang ok. B40 jenis biawak hidup saja patut pakai kondom. Biawak hidup tu yang buat masalah,” bidasnya.

Bagi Mohd Ridhwan pula, dia mengingatkan supaya B40 tidak beranak seperti tikus tambah-tambah bagi mereka yang miskin dan kuat berhutang.

“Kena family planning. Fokus jaga kualiti anak lagi ok berbanding kuantiti. Menabung untuk pendidikan masa depan anak contohnya,” kata Mohd Ridhwan lagi.

Lebih sinis apabila ada netizen yang mengaitkan sikap sebahagian ibu bapa B40 yang tidak menghiraukan jumlah anak kerana boleh mendapatkan bantuan dalam program terbitan TV3, Bersamamu.

“Buat anak ramai-ramai lepas tu jemput Bersamamu macam biasa,” perli seorang warganet.

Sementara itu, tanggapan segelintir B40 bahawa anak sebagai memberi rezeki turut diperkatakan.

“Jenis mindset nak anak bagi rezeki kat dia tapi dia lupa, anak-anak pun harap ada rezeki mempunyai ibubapa yang mampu menyediakan kemudahan.

Help yourself first before you can help others,” komen pengguna Facebook, Monica Ssl pula di laman kumpulan media sosial dengan 109,400 ahli itu lagi.

Baca juga Berhentilah jadi pemimpin ‘Keluarga Malaysia’, dua pertubuhan universiti beri amaran mahu turun ke jalan raya

Baca juga Suhu panas melampau, pakar perubatan beri amaran risiko lonjakan kes kanser kulit