Berang dipaksa bayar barang anak ambil, lelaki ‘blah’ lepas ludah muka pekerja!

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai ibu bapa, perlu tunjuk contoh yang bai di hadapan anak-anak, bukannya membenarkan mereka melakukan apa sahaja sesuka hati mereka.

Apatah lagi jika anak ambil barang tanpa kebenaran, ibu bapa harusnya mengajar anak-anak tersebut bukan membela mereka tanpa berfikir secara wajar.

Tular video di TikTok menunjukkan seorang lelaki yang meludah muka pekerja selepas dikatakan tidak berpuas hati.

Pemilik video tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi ruangan komen video tersebut yang mengundang lagi kemarahan ramai.

“Nak dijadikan cerita, lelaki ini (si bapa) adalah pelangga tetap, anak dia memang suka ambil barang walaupun sudah ditegur banyak kali.

“Petang tadi (hari kejadian), anak dia curi gula-gula dengan air berjumlah RM9. Bapa dia kata dia akan bayar jika pulangkan semula RM48, duit untuk masuk playground.

“Jadi bapa dia tak boleh terima kesalahan anak, jadi dia ludah pekerja tersebut dan ludah pelanggan yang bercakap dengannya,” ujar pemilik video.

Rata-rata netizen tidak bersetuju akan tindakan yang dilakukan lelaki tersebut dan berharap ada tindakan dikenakan.

“Kalau rasa diri tu masih perangai kebudakkan. Jangan kahwin, jangan buat anak sebab nanti bila dah ada anak, akan melahirkan generasi serupa bapa dia. Kuat meludah, komen pengguna X.

“Marah sangat kenapa? Bayar je lah. Tangan budak-budak memang cepat. Anak aku pernah sekali tahu-tahu ada lollipop dekat tangan.

“Aku tanya ayah ada belikan ke? Terus aku pergi masuk kedai balik bayar dan ajar anak kalau nak apa-apa tanya dulu, jangan main ambil,” komen seorang lagi pengguna X.

Baca juga: Ejen hartanah jual rumah di Nilai tapi ‘claim’ berhampiran KLCC, “jarak 59 kilometer je”