Berang ditegur lambat buat kerja, bibik lempar kain buruk ke muka majikan hamil, terus terdiam bila sedar diri salah

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap kerja pasti ada kesukaran masing-masing termasuklah pembantu rumah kerana perlu sabar menerima perintah majikan yang membayar gaji mereka.

Walaupun tidak perlu kualifikasi pelajaran tinggi untuk bekerja sebagai pembantu rumah, namun mereka perlu tahu pengetahuan am mengenai pembersihan rumah.

Kebanyakan mereka perlu tahu cara menguruskan dan membersihkan rumah termasuklah mendengar arahan daripada majikan.

Malah ada di antara mereka dipukul dan dikerah tenaga secara melampau dek kerana status dilihat rendah berbanding dengan majikan.

Tular video di TikTok mengenai seorang pembantu rumah atau bibik bersama dengan majikan di ruangan makan.

Terlihat si majikan yang mengandung duduk di atas kerusi sambil bercakap bersama bibik dalam nada suara rendah sahaja.

Tiba-tiba bibik itu dilihat melemparkan kain buruk berwarna putih tepat ke muka si majikan hingga menyebabkan dia bangun dan memarahi pembantu rumah tersebut.

Menurut Newswav, majikan tersebut berang dengan sikap kurang ajar terbabit sebelum mencapai telefon untuk menghubungi seseorang sambil marah-marah.

Selepas tersedar dirinya telah melakukan kesilapan besar, bibik itu merasa serba salah dan terus berdiam saat ditengking majikannya.

Menurut laporan lanjut, majikan tersebut dikatakan menegur bibiknya yang lambat melakukan kerja-kerja rumah.

Pembantu berkenaan mahu pergi dari ruangan itu, namun majikannya menghalang dan mengugut akan laporkan kepada polis jika kejadian sama berulang di masa hadapan.

Insiden tersebut dikatakan berlaku di Hong Kong dan bibik tersebut adalah seorang wanita Indonesia.

Baca juga: Tular dakwaan Ira Kazar sedang hamil, ini jawapan Datuk Yusof Haslam