Berang rakan minta bayar balik wang pinjaman, wanita nekad racun semua teman rapat

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai yang memilih untuk meminjam wang tanpa niat untuk membayar semula, sehingga orang yang beri hutang pula terpaksa tebalkan muka untuk minta balik.

Kejadian yang berlaku di Thailand itu mengejutkan ramai apabila wanita tersebut didakwa melakukan pembunuhan bersiri.

Menurut The Guardian, suspek dikenali sebagai Sararat Rangsiwuthaporn ditangkap selepas kematian seorang rakannya.

Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika mereka sedang bercuti dalam upacara perlindungan Buddha di wilayah Ratchaburi, Bangkok.

Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn mendapati sejenis racun sianida ditemui dalam badan mayat semasa di bedah siasat.

Dipercayai, Sararat telah mencampurkan racun dalam makanan mereka. Mangsa lain juga dikatakan telah meninggal dunia dengan cara yang sama.

Disebabkan itu, polis menyiasat kesemua 14 orang yang telah dibunuh manakala seorang rakannya dipercayai anggota polis terselamat.

Motif pembunuhan adalah disebabkan faktor kewangan, wanita berusia 36 tahun meminjam wang mangsa dan tak berniat untuk membayar kembali.

Sararat didakwa meminjam wang daripada orang dikenali sahaja malah dia juga mempunyai hutang kredit.

Jika mereka meminta agar wang dibayar semula, dia akan membunuh mangsa.

Sararat bagaimanapun telah ditahan dan bakal menghadapi 14 pertuduhan, pembunuhan terancang serta tiga kes lain.

Baca juga: Suami terkejut dengan permintaan terakhir isteri, nak buat seks dengan bekas kekasih sebelum meninggal