Malaysia Dateline

Berani sangat sogok polis dengan wang RM90,000 untuk lepaskan rakan, akhirnya diri sendiri pula ditahan

Seorang lelaki dilaporkan cuba menyogok polis dengan wang tunai berjumlah RM90,000 supaya rakannya yang terlibat dalam penipuan tawaran kerja dalam talian, dilepaskan pihak berkuasa.

Bagaimanapun tindakan berani itu memakan diri apabila lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama-sama wang yang cuba disogok.

Dilaporkan, rakan kepada lelaki berkenaan terlibat dalam sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud.

Justeru wang diberi sebagai dorongan dan suapan untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakannya, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Walaupun pihak polis telah memberi amaran untuk tidak berbuat demikian, namun suspek terus mendesak untuk menerima wang tersebut.

“Tangkapan dibuat dan wang tunai tersebut yang cuba diserahkan kepada polis turut dirampas.

“Kejadian ini berlaku di Taman Suria di sini dalam satu pertemuan antara suspek dan anggota polis terbabit.

“Kes ini dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: ‘Duit beli susu, pampers anak pun harap simpati kawan’ – Ini realiti poket marhaen, netizen kongsi cara elak dompet ‘kering-kontang’