Berapa iShowSpeed bayar untuk sebiji burger special di Malaysia? Yang pasti bukan duit USD

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini sebuah gerai burger di Bangsar mendapat perhatian pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed kerana kelazatan ‘burger tepi jalan’ yang tidak pernah dirasainya.

Selepas beberapa hari, peniaga tersebut mendedahkan bahawa YouTuber terbabit telah membayarnya pada sejumlah wang yang besar menggunakan mata wang Kemboja.

Dia juga menunjukkan tujuh keping not wang kertas dengan salah satunya bernilai 50,000.

“Dia bagi (bayar) itu hari bukan dalam USD, tetapi mata wang Kemboja. Semuanya ada tujuh keping. Kat sini ada 50,000 sekeping.

“Anda kiralah sendiri berapa semua ini (mata wang) ini ya. Tetapi di sini (Malaysia) harga burger ini masih sama,”kata peniaga tersebut ketika ditemu bual seorang individu.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa harga burger yang disediakan peniaga tersebut mencecah lebih RM350 selepas ditukar kepada ringgit.

“Total Rm361.62 untuk 1 biji burger,”kata @Sis Huzay.

Baca juga: Senang rupanya nak bagi lantai berkilat, tambah satu bahan ini pun dah cukup!