Malaysia Dateline

Berapa juta pula agaknya YB Pekan bayar khidmat Peguam Diraja?

Banyak media lapor berkenaan hasrat YB Pekan untuk mendapatkan perkhidmatan Peguam Diraja atau Queen Counsel bagi rayuan dia di Mahkamah Persekutuan setelah dia telah pun disabitkan bersalah oleh empat orang hakim iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes jenayah rasuah dlll yang melibatkan dana SRC ( anak sykt 1MDB ).

Untuk berlaku adil kepada YB Pekan, dia berhak untuk berbuat hal tersebut di sisi undang-undang. Dia boleh buat permohonan di mahkamah untuk tujuan itu.

Undang-undang negara ini membenarkan dia untuk membuat permohonan di mahkamah di bawah Akta Profeysen Undang-Undang ( Legal Profession Act ) bagi meminta mahkamah membenarkan penerimaan masuk secara ad hoc seorang QC bagi mewakili dia di mahkamah negara ini.

Saya akan jelaskan lebih lanjut di bawah nanti.

Itu dari segi law lah. Dari segi politik, persepsinya jelas menunjukkan yang YB Pekan banyak atau mewah duit kot.

Tak tahu dah berapa banyak duit dia bayar pada peguam dia yang sedia ada? Ramai orang habaq peguam yang dia sekarang pun dah sedia mahal.

Dan seandainya seorang QC dibenarkan mewakili YB Pekan, tak tahu berapa juta wang dia akan bayar nanti?

Saya dok rasa YB Pekan mesti dah ada calon QC yang dia mahu itu. Dan berkemungkinan besar dia dan tok loya dia di Malaysia dah puh mula berbincang dgn QC. At least nak minta nasihat. Tak mungkin kot semua tu free walau sekadar berbincang dan minta nasihat. Saya ada sikitlah pengalaman soal itu. One thing for sure QC is pricey orang habaq !

Dalam bahasa mudah, jika tak ada duit banyak tak usahlah even nak mimpi guna khidmat QC.

Agak menarik. Ada rakyat di negara ini hatta nak bayar denda di mahkamah pun depa tak ada duit. Ada yang kena masuk penjara lagi sebab tak mampu nak bayaq denda.

Apa pun, itu hak YB Pekan. Hangpa janganlah jealous dia byk duit!

Dalam undang-undang negara ini, seperti saya habaq, permohonan untuk YB Pekan dapatkan khidmat QC perlu dibuat di mahkamah di negara ini di bawah seksyen 18 Akta Profesyen Undang-Undang. Maknanya hak itu bukanlah automatik. Kena dapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Dan pemohon macam YB Pekan kena pastikan permohonan dia tidak akan dibantah oleh Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Negeri dan Pejabat Peguam Negara. Ada bantahan kalo lain cerita.

Jika kita lihat dan baca keputusan-keputusan mahkamah di negara ini sebelum ini dalam isu seperti ini, mahkamah biasanya habaq pihak pemohon mcm YB Pekan kena buktikan QC yang dia nak pakai ada kelayakan atau pengalaman yang khas yang mana kelayakan dan pengalaman khas tersebut biasanya tidak ada pada tok loya di negara ini.

Orang putih habaq it is a tall order indeed.

Apa pun kita lihat nanti.

والله اعلم.