Malaysia Dateline

Berapa ramai ambil berat amaran cuaca, soal Tuan Ibrahim

Selepas hampir seminggu banjir besar melanda Selangor dengan bilangan mangsa terkorban terus bertambah; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap masyarakat tidak mengambil serius pengumuman dan amaran cuaca.

Timbalan Presiden Pas itu dilapor berkata, perkara itu berlaku lantaran berpendapat banjir hanya berlaku membabitkan kawasan Pantai Timur.

Menurutnya, ekoran sikap tersebut, ramai di kawasan lain selain Pantai Timur yang tidak bersedia menghadapi bencana alam seperti banjir.

Jelasnya, dari sudut hebahan, setiap kali berita utama di semua stesen televisyen sudah dimaklumkan mengenai amaran cuaca ini.

“Bahkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menyediakan pelbagai aplikasi yang memberi tahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.

“Namun, berapa ramai yang melihat dan mengambil berat. Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini,” dipetik BH.

LANJUT MENYUSUL