“Berapa ya nak bagi duit raya tahun ni?” – Setiap tahun mesti pening, ini panduan bajet untuk anda

Oleh KIM SYAZIE

Bila tiba hari raya Aidilfitri, sesi pembahagian duit raya merupakan acara yang paling dinanti terutamanya bagi kanak-kanak.

Belum mempunyai pengalaman terutamanya anak muda, ini adalah sedikit panduan yang mungkin boleh diikuti pembaca.

Wang ringgit RM1 mungkin sudah tidak laku di mata kanak-kanak, oleh yang demikian, nilai di antara RM5 hingga RM10 pun sudah mencukupi.

Yang penting niat dan keikhlasan, mereka yang mempunyai bajet yang lebih boleh memberi wang sebanyak RM20.

Tidak perlu membazir sampul, duit raya juga boleh diberi secara e-wallet. Cuma perlu scan qr code, wang dari bank anda telah ‘selamat’ dipindahkan.

Berhubung dengan had umur, pemberi juga mempunyai pilihan untuk menghadkan umur penerima sebagai contohnya 12 tahun ke bawah.

Namun kini, banyak golongan yang memerlukan bantuan seperti pelajar universiti dan warga emas, namun semuanya terserah kepada pemberi.

Selesai soal jumlah dan penerima, bagaimana pula dengan ‘timing’ pemberian duit raya? Mesti anda nak tahu kan?.

Mengelakkan kanak-kanak ‘lari’ dengan habuan tanpa menjamah makanan, duit raya umumnya diberikan sebelum tetamu pulang ke rumah.

Sekurang-kurangnya setelah menjamah kuih dan minum air, bolehlah minta mereka beratur dan ‘salam kaut’ bersama tuan rumah.

Pada sesiapapun kita bagi atau berapapun jumlahnya, perkara utama yang paling penting ialah keikhlasan dalam hati pemberi.

Baca juga: Kenapa lelaki Bangladesh suka pegang tangan masa berjalan ya? Mari kita terjah tanya