Beras diserang kutu? Jangan dibuang ini cara atasinya tanpa perlu jemur

Oleh NASUHA RAHMAN

Kaum ibu cukup geram apabila buka sahaja tong ternampak kutu beras bergerak-gerak di dalam beras. Beras yang diserang bubuk kurang enak, lembik dan juga mudah basi.

Hendak dibuang terasa rugi tambahan pula beras masih banyak di dalam tong. Ada beberapa cara bagaimana hilangan kutu beras tanpa perlu jemur dan ianya terbukti berkesan.

Ini teknik hilangkan kutu beras atau bubuk tanpa perlu jemur hanya menggunakan kaedah secara organik.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua perkongsian saudari Nur Hasanah Harun yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.

Hapuskan kutu atau bubuk beras guna oven

1.Panaskan oven sekejap. Masuk beras dalam tray dan masukkan ke oven lebih kurang 10 minit biar beras jadi betul-betul panas. Ia bertujuan supaya kutu/bubuk dan ulat-ulatnya mati.

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Jika tiada oven, boleh goreng beras tanpa minyak di dalam kuali . Goreng sekejap sahaja, suhunya agak-agak panas. Jangan goreng sampai keperangan macam beras untuk buat pekasam pula.

Keluarkan beras dari oven, biarkan sejuk kemudian ayak untuk mengasingkan kutu.

Caranya mudah sahaja. Cuba basuh beras tersebut. Jika tiada berasa putih timbul banyak, itu bermakna beras masih elok. Kalau timbul banyak dan ringan, cuba patahkan beras tersebut. Dalamnya ada ulat bubuk.

Tak ada oven & tak rajin nak goreng beras? Anda juga boleh cuba petua ni.

6 CARA MUDAH DAN BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS

  1. JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI

Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah dengan meletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Jika tiada dulang bersesuaian, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ini kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

  1. GUNA CILI KERING

Kedua, masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda.

Cara hapuskan kutu beras tanpa perlu jemur, ianya terbukti berkesan
Cili kering

Kutu/bubuk beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda.

  1. GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA

Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau serangga ini.

Daun pudina
  1. DAUN LIMAU PURUT

Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.

  1. BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS

Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa batang kulit kayu manis. Goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras. Selamat mencuba!

Kulit kayu manis