Malaysia Dateline

Bercakap bagi pihak ketiga-tiga parti dalam PH, kata Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak perlu gabungan besar yang baharu sebaliknya cukup sekadar persefahaman politik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Saifuddin sepatutnya bercakap bagi pihak ketiga-tiga parti dalam PH dan bukannya untuk hanya sebuah parti politik.

“Semasa saya berjumpa dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim pada hari Jumaat lepas (18 Disember), saya telah memberikan jaminan kepada beliau yang pimpinan DAP tidak pernah mencadangkan penukaran Ketua Pembangkang.

“Tetapi, kumpulan Pembangkang perlu mara ke hadapan dan arah yang baharu yang berfokuskan kepada keperluan untuk menguatkan dan merapatkan semua blok pembangkang dalam negara kita dengan sebuah konsensus kebangsaan yang baharu.

“Saya terkejut dengan kenyataan terkini Setiausaha Agung Pakatan Harapan, kerana beliau perlulah bercakap bagi pihak ketiga-tiga parti dalam PH dan bukannya untuk hanya sebuah parti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.