Malaysia Dateline

Berdasarkan apa berlaku di Parlimen, doktor piket: Mahiaddin sepatutnya letak jawatan

Berdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini serta piket yang dibuat oleh doktor kontrak, Perdana Menteri Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sepatutnya telah meletakkan jawatan.

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan oleh Mahiaddin.

“Melihat apa yang berlaku di Parlimen dan piket doktor kontrak hari ini, Mahiaddin sepatutnya meletak jawatan,” tulis bekas penasihat media perdana menteri itu.

Beliau juga membetulkan fakta bahawa doktor-doktor kontrak kerajaan tidak mogok atau melakukan hartal.

“Daripada laporan media massa, tindakan mereka itu adalah piket,” kata beliau.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, mogok ertinya tidak bekerja. Hartal pula apabila peniaga tutup kedai atau pejabat sebagai tanda protes.

“Yang bangang ni Menteri dan media massa yang tak faham beza antara mogok, hartal dan piket atau mereka sengaja hendak memburuk-burukkan doktor muda ini,” kata beliau.