Berderau darah tengok sekeluarga ular pindah dalam ‘aircond’ – Mak dia mana?

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman penemuan ‘sekeluarga’ ular yang menjadikan penghawa dingin sebagai rumah tular di media sosial baru-baru ini.

Mengejutkan, kira-kira enam ekor reptilia berbahaya itu berjaya dijumpai berada di dalam penghawa dingin tersebut.

Tular di media sosial, usaha-usaha mengeluarkan ular tersebut berjaya dilakukan oleh kakitangan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Langkawi itu berjaya dirakam dan dikongsi menerusi satu hantaran di akaun TikTok milik APM.

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia dinasihati agar lebih berhati-hati berikutan cuaca panas yang mengundang kehadiran ular di rumah.

Oleh yang demikian, APM juga mencadangkan di ruangan kapsyen video agar penonton segera memeriksa rumah masing-masing.

“Ular-ular ini buat rumah pula dalam aircond (penghawa dingin). Kamu semua pergi periksa cepat dekat rumah masing-masing,” tulis APM.

@apmlangkawi

depa buat rumah pula dalam aircond 😭🐍 panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa 😂 steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus 🫡🦾 #apmeverest #angkatanpertahananawammalaysia #apmsanasini💙🧡🤙🏻 #foryoupage #fypシ゚viral🖤tiktok #langkawi #apmlangkawiterbaik

♬ Epic Music(812424) – Pavel

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna TikTok merasa gerun dan trauma setelah menonton rakaman tersebut.

Khuatir dengan keselamatan diri, mereka tidak menyangka reptilia itu boleh masuk ke dalam kediaman tertutup.

Berikutan ular yang ditemui kecil, ada juga individu berkongsi komen yang mencuit hati mengenai keberadaan ‘mak’ reptilia berkenaan.

“Sekarang musim panas itu yang cari tempat sejuk. Alahai, macam mana nak tidur. Mata asyik duk perhati dekat aircond je.” Kongsi seorang pengguna.

“Mak dia mana. Mak dia mana! Kalau aku ni dah panjang fikir. Mak dia duduk dalam almari ke. Ok pindah rumah!.” Seloroh pengguna lain.

Baca juga: Setiap hari tunggu depan pagar, anjing masih menanti ‘kawan baik’ yang dah pergi selamanya