Pastinya setiap di antara kita mahu menjadikan seseorang dengan latar belakang agama sebagai idola untuk berubah ke arah kebaikan.
Namun kini timbul sutaz ‘instant’ hingga sukar membezakan mana berilmu dan mana yang hanya mengejar populariti dunia.
Kes pendakwah terkenal, Ebit Lew membuka mata ramai pihak agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu taksub dengan seseorang.
Menurut Kosmo, saksi kesembilan memberitahu mahkamah dia rasa sangat berdosa pada suaminya kerana di belakang suami, dia melayan pendakwah tersebut.
Saksi yang merupakan pengadu dalam kes tersebut berkata demikian semasa menjawab soalan dalam pemeriksaan utama yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin.
Saksi kemudian diminta membaca mesej yang dihantar kepada Ebit melalui Instagram pada 14 April 2021.
“Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia, saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama..abang ikutlah macam Ustaz Ebit, sekarang sudah kosong.
“Paksa saya bagi gambar macam-macam, bodohnya saya ikut,” katanya di Mahkamah Majistret, semalam.
Pendengar setia ceramah
Saksi turut memaklumkan bahawa dia sering mendengar ceramah Ebit dan langsung tidak menyangka Ebit sanggup melakukan hal tersebut dengannya.
“Mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan sakit hati, rasa sangat berdosa…yang sangat sedihnya, dia bawa saya buat macam itu, terus buat tidak tahu sahaja.
“Tidak apa jika minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing. Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab mahu elak benda yang tidak baik tapi mahu juga luah,” katanya.
Jadi pendosa kerana idola
Tambah saksi dia rasa sangat menyesal kerana pernah mengidolakan Ebit dan kini nak tengok sahaja pun dah tak mampu.
Menurut saksi, dia rasa sangat menyesal, kalau dahulu Ebit menjadi idola dan suka tengok buat kerja itu ini. Sekarang kalau boleh, tidak mahu tengok, sedih kenapa idola itu membawa jadi pendosa.
“Saya tidak juga jahat tapi sebab cara ustaz buat orang sakit hati, buat macam saya ni pelacur.
“Tidak apalah supaya jadi pengajaran, tak nampak baik di depan sahaja.Tapi cara ustaz ni sakitkan hati orang,” katanya.
Semasa mahkamah membenarkan pengadu membaca mesej yang dihantar melalui akaun Instagram pengadu.
Mahkamah turut mengarahkan agar mesej berkenaan ditunjukkan kepada tertuduh dan barisan peguam yang mewakili Ebit.
Perbicaraan kes itu ditangguh dan akan bersambung semula pada 20 hingga 24 Mei depan.
Baca juga: Pengarah, CEO Aman Palestin mengaku tidak bersalah selepas hadapi 52 pertuduhan pecah amanah