Awal Februari lalu, penyanyi meningkat naik, Iman Troye memuat naik video dirinya dalam perjalanan ke balai polis selepas didakwa berselisih dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Pun begitu nampaknya satu Malaysia kena tipu dengan mereka selepas kedua-duanya melancarkan lagu raya berjudul Raya Ya Ya baru-baru ini.
Ramai percaya pergaduhan mereka adalah gimik untuk melariskan lagu.
Meski pun pada awalnya ramai meluat, namun ada juga netizen memuji lagu tersebut yang dikatakan mudah ‘melekat’ dalam fikiran.
“Gaduh-gaduh keluar lagu. Yang peliknya bukan di situ tapi yang peliknya Datuk nyanyi sedap”.
“Yang kes polis antara Iman dengan Datuk Aliff Syukri tu apa cerita sebenarnya?,” tanya netizen lain pula.
“Ingatkan nak bergaduh di balai polis tempoh hari, rupa-rupanya satu Malaysia kena tipu.” komen netizen.
Baca juga: Boleh pula sesuka hati ‘pancing’ parcel orang! Dua lelaki terakam CCTV curi barang