Bergelar bapa dua anak, bekas kekasih Sajat kini bahagia bersama isteri

Oleh KIM SYAZIE

Bekas kekasih usahawan kosmetik, Sajat, iaitu Coach Yin kini kembali menyita perhatian setelah membuat satu hantaran di laman Instagram.

Memuat naik gambar anak keduanya yang baru lahir, jurulatih kecergasan itu kini terlihat bahagia berkahwin dengan wanita pilihannya.

Memperkenalkan puteri keduanya, Coach Yin sebelum ini pernah mendedahkan wajah anak sulungnya yang bernama Tya Alayna.

“Assalamualaikum , anak kedua mamy dady, Baby Alaia,” tulisnya di kapsyen gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Terlihat semakin berisi, ramai yang tumpang bahagia dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh lelaki yang berasal dari Kelantan itu.

‘Kembali ke pangkal jalan’, Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Bin Mohd Adanan mendirikan rumah tangga pada March, 2021.

Terdahulu, Coach Yin mula dikenali ramai setelah didakwa bercinta dan menjalin hubungan songsang bersama Sajat.

Hubungan mereka sentiasa menyita perhatian netizen kerana sering menimbulkan kontroversi dan gimik dalam mempromosi barang jualan.

Mereka akhirnya membawa haluan masing-masing sebelum Coach Yin memilih wanita tulen untuk dijadikan isteri.

Baca juga: Gelar bekas suami ‘arwah’, Rita Rudaini minta netizen henti sebut nama Aidil Zafuan