“Bergerak sebagai satu pasukan”

“Bergerak sebagai satu pasukan”

Presiden Parti AMANAH Negara, Haji Mohamad Sabu menyeru semua anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) supaya bergerak sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Kita semua perlu bergerak sebagai satu pasukan,” kata Mohamad Sabu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Penerangan Jawatankuasa Mobilasi dan Komunikasi PH Perak di Kamunting semalam.

Kata beliau, apabila PKR bertanding di Dun tersebut, jangan parti kita boikot mereka.

“Biarlah mereka dengan 12 orang ahli bergerak sendiri.

“Usah jadi begitu. Jangan ada ucapan begitu keluar daripada kita,” tegas beliau.

Jelas beliau lagi, jika PKR kalah di Dun tersebut, maka yang kalah bukan PKR sahaja, tapi yang kalah adalah kita, DAP, Bersatu AMANAH dan PKR.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha PH Perak, V Sivakumar, Ketua Penerangan PH Perak, Chang Lih Kang, Senator Aisyah Sheikh Ismail dan Dato Seri Khairuddin Hasan.

9.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 9.0