Bergetar suara suami terjah isteri ‘dating’ di pondok polis, bini curang dengan anggota?

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang suami langsung tidak menyangka, tindakannya mengekori kereta isteri yang dipandu menuju ke sebuah pondok polis bakal membongkar satu kebenaran.

Difahamkan sebelum ini, sang suami sering mendengar khabar bahawa isterinya itu telah berlaku curang dengan menjalin hubungan sulit bersama seorang anggota polis.

Namun suami terbabit tidak pasti sejauh mana kebenaran khabar tersebut hinggalah tergerak hati mengekori kereta isterinya ke sebuah pondok polis yang terletak di Perlis itu.

Menerusi satu rakaman dikongsikan di platform TikTok, sang suami yang dilihat berusaha untuk menahan marah itu turun daripada kereta sebaik tiba di pondok tersebut.

Lelaki terbabit kemudian mendekati kenderaan milik isterinya untuk membuka pintu namun gagal ekoran wanita itu sudah bertindak menguncinya dari bahagian dalam.

@angahtowing7

terima kasih ya Allah ..dgn petunjukmu.doaku dimakbulkan.sekadar kongsi untuk pengajaran.org dok mai cerita kata isteri hg ada hubungan sulit dengan anggota polis .dah terbukti..terima kasih ya Allah..doa dimakbulkan .. #fypシ #pdrmmalaysia #pdrmterbaik🇲🇾 #bukitaman #ketuapolisnegara #kpn #tatatertib #kdn #fyp #fyp

♬ bunyi asal – Angahtowing7 – Angahtowing7

Masih mencuba untuk mengawal emosi, suami terbabit kemudian meminta supaya anggota polis yang didakwa menjalinkan hubungan dengan isterinya itu bagi membuka pintu kereta.

Namun anggota itu seperti enggan memberi kerjasama hingga membangkitkan amarah sang suami sebelum pegawai lain yang berada di pondok polis berkenaan cuba menenangkannya.

Isteri kepada lelaki terbabit kemudian bertindak menekan pedal minyak keretanya untuk segera beredar daripada pondok polis itu mungkin kerana tidak mahu berhadapan dengan suaminya.

Sebelum menghentikan rakaman, lelaki itu memberikan amaran kepada pegawai terbabit bahawa video tersebut akan dihantar kepada balai polis sebelum dimuat naik di platform TikTok.

“Terima kasih Ya Allah. Dengan petunjukmu, doa aku dimakbulkan. Sekadar berkongsi untuk pengajaran. Orang duduk mai (mari) bercerita kata yang isteri ada hubungan sulit dengan anggota polis.

“Sudah terbukti. Terima kasih Ya Allah kerana doa aku dimakbulkan,” kata suami berkenaan di ruangan kapsyen hantaran video yang dikongsikannya di platform TikTok itu.

Baca juga: Belum reda kes Fattah, Fazura, netizen terkejut Emma Maembong dedah sudah bercerai