Malaysia Dateline

Berhadapan keadaan sukar, Najib akui Allah penolong hambanya mencari kekuatan

Berhadapan dengan keadaan sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Najib Razak mengakui Allah adalah penolong kepada hambanya dalam mencari sumber kekuatan.

Status di facebook Najib Razak, beliau telah berkongsi gambarnya bersama cucunya Adam yang memakai kostum Power Rangers merah memberi gambaran beliau kini mengharungi saat gitir di dalam hidupnya.

“Adakalanya kita lupa bahawa Allah SWT pelindung dan penolong hambaNya.

“Di saat mencari ketenangan dan sumber kekuatan.

“Adakalanya kita lupa akan aturan Allah SWT, kebahagiaan tidak jauh sentiasa ada di sisi.

Berhadapan keadaan sukar, Najib akui Allah penolong hambanya mencari kekuatan

“Betapa perit dan pahitnya di kegelapan ini, mencari sinar di waktu pagi,” tulis Najib.

Bahkan baginya Adam adalah sumber kekuatannya biarpun tubuh badan yang kecil dan tidak bermaya hanya Adam berada dalam genggaman erat kerana dia sahaja yang ada.

“Dipimpin tangan cucu. Dibisiknya.

“Love you grandpa, always.”

“Pelukannya. Suaranya. Kata-katanya.

“Adam is my superhero today. And forever.

“Sumber kekuatan saya. Biarpun kecil tidak bermaya, dalam genggaman erat kerana ia sahaja yang ada,” katanya yang turut menitipkan ucapan hari lahir kepada Adam dan anaknya Ashman.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi turut bersolidariti dengan Najib di atas apa yang sedang hadapi sekarang.

Namun Najib hanya berkongsi kenyataan Zahid itu sekadar tiga patah perkataan sahaja iaitu terima kasih presiden, begitu juga kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dengan menulis thank you.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan yang dikatakan bukti baharu yang membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International yang dihadapi bekas Presiden Umno itu.

Baca juga: Ketua Pemuda AMANAH dituduh di mahkamah pagi ini kerana demonstrasi aman turunkan harga barang