Malaysia Dateline

Sampai meninggal tak bayar hutang, bila tuntut, waris tak percaya siap ajak sumpah

Apabila seseorang meninggal dunia, terdapat beberapa hak dan kewajipan yang perlu dilangsaikan menggunakan harta peninggalan arwah sebelum pembahagian mengikut sistem faraid dilakukan.

Pertama, hendaklah mendahulukan harta peninggalan si mati untuk belanja kematian dan pengebumiannya. Kemudian perlu melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Ketiga, melaksanakan segala wasiat daripada baki si mati berdasarkan ketetapan syarak. Dan keempat, barulah pembahagian harta mengikut Faraid. (Sumber pejabat mufti)

Menerusi perkongsian di laman Malaysia! Networks, seorang individu meluahkan dilema yang sedang dihadapinya apabila salah seorang dari kenalannya berhutang tetapi rakannya itu sudah pun meninggal dunia,

Dia mendakwa rakannya itu berhutang sejumlah RM2,000. Namun sehingga saat kematian rakannya, hutang masih tidak berbayar walaupun si rakan tahu ada hutang yang belum dilangsaikan.

Saat dia ingin menuntut hutang dari waris, mereka pula seolah tidak percaya dan mengajaknya melakukan sumpah. Namun ahli keluarga waris senyap tidak berkata apa selepas cabaran melakukan sumpah diterimanya.

“Ada orang hutang saya RM2,000. Dah sampai jadi arwah tak berbayar. Bagitahu waris dan cakap arwah tak bagitahu apa-apa..dan tak nak bayar. Bukti WhatsApp masa nak pinjam ada tapi jumlah tu dia sebut masa telefon. Bagi pinjam sebab percayakan arwah.

“Tak sangka pula perangai macam tu. Bukan meninggal mengejut. Dah dijangka akan pergi kembali ke negeri abadi tapi senyap. Saya bagitahu sekali je terpulang pada waris nak bayar ke tak. Janji saya dah bagitahu.

“Waris pernah ajak sumpah, saya cakap ok, boleh. Lepas itu waris sendiri yang senyap. Saya tak ada nak mengemis duit saya sendiri. Kalau bayar bukan untuk saya tapi untuk arwah sebab itu memang duit saya.

“Saya tak halalkan dunia akhirat. Ingat senang hidup ambil hak orang, aniaya orang. Balasan tu pasti cuma cepat atau lambat je,” luah individu tidak dikenali di Facebook.

Baca juga: Tiada kerjasama dengan pengkhianat, tegas Wanita Harapan

Baca juga: Niat nak bagi ibu duit gaji pertama, gadis ini teruk menangis lepas tersalah ‘bank in’ dekat orang lain