Beri fokus kepada masalah ekonomi rakyat, pinta Anwar kepada PH

Walaupun terpenjara, Anwar risau tentang masalah ekonomi yang dihadapi rakyat negara ini.

 

Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa PKR dan PH untuk memberi fokus terhadap masalah-masalah ekonomi yang dihadapi rakyat akibat peningkatan harga minyak petrol dan skim GST, dan perjuangan menentang salah urustadbir dan rasuah di bawah pentadbiran BN.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Anwar berkata, kerajaan jangan terus nafi bebanan GST kepada Rakyat.

“Saya cukup prihatin dan risau akan nasib rakyat dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan kesan negatif skim GST.

“Ketiga-tiga perkara ini telah menambahkan pelbagai tekanan dan beban rakyat Malaysia, yang seharusnya menerima nasib yang lebih baik dari apa yang ada sekarang,” katanya.

Namun, kata beliau yang kini terpenjara di ungai Buluh, kerajaan dan beberapa pimpinan kanan terus bertindak seperti semua ini tidak mendatangkan kesan kepada rakyat.

“Kerajaan terus menafikan keadaan sebenar yang dialami rakyat, dan media arus perdana yang dimiliki kerajaan terus diperguna untuk ‘mengolah persetujuan’ rakyat!” katanya dalam kenyataan itu.

CATEGORIES
TAGS