Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Beri perhatian khusus kes Covid-19 di Selangor, Sabah

Beri perhatian khusus kes Covid-19 di Selangor, Sabah

Oleh AKMAL MANAF Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHMarch 19, 2020 4:28 pm




Kerajaan seharusnya proaktif dalam menyampaikan maklumat dan arahan lebih terperinci kepada rakyat, serta memberi perhatian khusus kepada negeri yang mencatatkan kes jangkitan mendadak tanpa prejudis.

Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, kajian bilangan kes Covid-19 mengikut negeri menunjukkan Selangor dan Sabah antara negeri yang mencatatkan peningkatan kes positif baharu yang tertinggi.

“Angka ini akan terus meningkat jika tidak ada tindakan khusus dan berkesan dalam kawalan jangkitan yang dilaksanakan di kedua-dua negeri ini.

“Perutusan dan rayuan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menggambarkan ketegasan kerajaan untuk membendung penularan wabak ini.

“Sebagai sebahagian daripada fraterniti perubatan, saya dapat merasakan kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan dalam menunaikan tanggungjawab berdepan dengan wabak ini.

“Namun, sifat profesionalisma para petugas telah membolehkan mereka melaksanakan tugasan ini dengan jayanya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Hatta yang juga Setiausaha Agung AMANAH menyeru orang ramai agar memudahkan kerja wira-wira petugas yang ketika ini sedang berusaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Memudahkan tugas wira-wira itu adalah dengan memberikan kerjasama, mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, serta memberikan maklumat yang tepat dan jujur berkaitan sejarah perhubungan dan rekod perjalanan masing-masing apabila diminta.

“Buat petugas-petugas sekalian, anda adalah petugas barisan hadapan (front liner) sebenar!

“Saya yakin dengan komitmen tinggi yang diberikan ini, kita akan dapat mengendalikan kes Covid-19 ini secara menyeluruh,” ujarnya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production