Malaysia Dateline

Beri ruang dan masa untuk Dr Mahathir uruskan

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan mempengerusikan Mesyuarat Khas Perlaksanaan 10 Janji 100 Hari Kerajaan bersama pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam.

Pilihanraya Malaysia agak unik dari dua segi. Yang pertama, kerajaan yang terpilih, dalam konteks ini Pakatan Harapan, akan bertungkus lumus untuk mengotakan janji janji yang termaktub dalam Manifestonya.

Yang kedua, pemimpin pemimpin yang terpilih pula akan mengesa supaya lebih masa diberikan untuk menjayakan segala-gala rancangan. Maka penggubahan yang diharap-harapkan dalam 100 hari biasanya tidak akan menjelma dengan seratus peratus.

Biarpun begitu, pemansuhan GST (goods and service tax) pada kadar 6 peratus telah dilaksanakan pada 1 Jun. Pencukaian berbentuk “Sales and Service tax,” (SST) pula akan dilaksanakan pada 1 September.

Di antara 1 Jun-1 September ini, maksudnya, Kerajaan Malaysia akan kehilangan sebahagian besar dari kutipan cukai. Adalah dianggarkan bahawa kehilangan cukai GST pada tahun 2018 bakal mencecah RM33 billion.

Ini bukanlah merupakan satu angka yang kecil. Wang yang dilesapkan oleh 1MDB sahaja, mengikut pakar-pakar ekonomi, mungkin berada dalam lingkungan RM60 billion.

Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak ingin ekonomi Malaysia kian meleset, atau lemah, maka kerajaan Pakatan Harapan harus boleh mengisi balik RM33 billion yang dilepaskan itu. GST tidak boleh lagi menjadi salah satu penjana belanjawan Malaysia.

Semuanya ini, perlukan kesabaran dari rakyat Malaysia. Segala perlindugan yang diberikan kepada ahli ahli politik UMNO dan Barisan National harus ditarik balik dulu.

Imuniti yang mereka mungkin ada, disebabkan status mereka sebagai ahli parlimen atau menteri, harus dilupuskan terdahulu. Kalau tidak, kes kes korupsi yang sedang berjalan harus mempunyai bukti yang kuat serta kukuh.

Kalau tidak, kes saman terhadap Najib dan pembantu pembantunya bakal mengaut masa yang terlalu lama, sehingga mereka berpeluang untuk menyerang balik.

Malah, aspirasi UMNO untuk kembali ke Putrajaya masih berkobar kobar. Dalam pemilihan dalaman parti UMNO beberapa hari yang terlepas, yang berjaya mempertahankan kerusi mereka dalam Majlis Tertinggi UMMO masih merupakan muka muka lama. Mereka ini seolah olah tidak tahu bahawa arus politik Malaysia sudah berubah sejak 9 Mei.

Di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi, veteran veteran Majlis Tertinggi ini masih ingin mencuba nasib untuk kembali ke Putrajaya. Malah belum ada majoriti dalam Majlis Tertinggi UMNO yang ingin menggulung tikar. Secara paradok pula, mereke melaungkan kata kata kesat bahawa Pakatan Harapan yang bakal runtuh dalam penggal ini.

Corak pemikiran UMNO setakat ini, dalam erti kata lain, masih condong kepada pengembalian mereka ke pangkuan Putrajaya.

Namun, Tun Dr Mahathir Mohammad bukanlah seorang negarawan yang indah pada rupanya sahaja. Tun Dr Mahathir Mohammad boleh mengatur langkah yang jitu dan tepat.

Misalnya, 404 akaun simpanan UMNO telah pun dibekukan. Tun Dr Mahathir dengan sekali gus telah mencandung anasir anasir UMNO yang masih ingin memperlekehkan sistem permerintahan yang berpaksikan undang undang dan perlembagaan.

Sebenarnya, salah satu langkah yang paling penting yang rakyat Malaysia boleh berikan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad pada ketika ini bukanlah sumbangan sahaja kepada Tabung Harapan tetapi ruang atau masa.

Tun Dr Mahathir Mohammad, yang ingin menghapuskan elemen elemen penjenayahan di dalam sistem kerajaan Malaysia patut diberi lebih banyak fleksibiliti (atau kelonggaran) untuk menghapuskan pihak pihak tertentu di dalam ataupun di luar UMNO yang sudah berdua duaan dengan sektor korporat yang dulunya dipimpin oleh UMNO juga.

Taktik taktik ini memerlukan masa. Pengurus pengurus yang bertaraf ketua eksekutif tidak boleh dipecatkan begitu sahaja.

Kalau pemecatan ini tidak menurut kontrak ataupun protokol korporat yang sepatutnya, kerajaan Pakatan Harapan pula yang harus menampung gaji, bonus dan elaun yang pihak Najib telah tentukan.

Pokoknya, situasi Malaysia agak teruk. Korupsi yang biasa dibaca di keratan surat khabar ataupun What’s App jauh lebih serious dan genting. Kalau Malaysia ingin terus maju sebagai sebuah negara yang berdaulat, maka sedikit masa harus diberikan kepada Dr Mahathir

Perubahan yang berlaraskan ideologi siapa cepat dia dapat tidak akan bertahan lama. Kerana lambat laun, gejala korupsi dan penyalahgunaan kuasa di pelbagai peringkat yang menjadi lumrah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional akan bertunjang kembali.

Ini bukan sahaja akan berlaku di akar umbi parti tetapi seluruh lapisan masyarakat Malaysia.