Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Beri ruang masyarakat luar bandar fahami larangan merokok

Beri ruang masyarakat luar bandar fahami larangan merokok

Oleh BERNAMAJune 1, 2019 3:15 pm




Tindakan melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan di premis makanan sebagai kawasan larangan merokok sehingga Disember ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada orang ramai memahami peraturan tersebut dengan jelas.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata terdapat segelintir masyarakat terutamanya yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman tidak mengetahui mengenai peraturan berkenaan.

“Daripada segi tahap pendidikan (masyarakat luar bandar), ia belum begitu memahami berhubung peraturan larangan merokok di premis makanan.

“Jadi kita memberi ruang yang lebih untuk memberi pendidikan kepada mereka yang masih belum sedar dan masih tidak mematuhi peraturan tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Gopeng hari ini.

Ditanya mengenai tahap keberkesanan larangan itu, Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng berkata menerusi maklum balas yang diterima, pihaknya mendapati aktiviti penguatkuasaan itu mendatangkan hasil kerana golongan perokok mulai sedar tentang larangan berkenaan.

“Walaupun bukan 100 peratus, mereka yang merokok dengan sendiri keluar dari premis makanan untuk merokok dan kembali semula (premis makanan) apabila selesai merokok

“Jadi, ini satu perkembangan yang positif dan kita akan teruskan usaha supaya penguatkuasaan merokok ini berkesan,” katanya.

Pada April lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pelanjutan tempoh itu dibuat bagi membolehkan kerajaan meningkatkan usaha membantu orang ramai berhenti merokok kerana memahami kesukaran mereka berbuat demikian.

Dzulkefly berkata larangan merokok yang bermula sejak 1 Jan lalu dan ditetapkan berakhir Julai depan dilanjutkan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya kesan merokok serta kawasan yang terbabit dengan larangan.

Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata sejumlah RM530,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan sepanjang 22 kilometer yang bermula dari Gopeng ke Kampar.

Katanya kerja-kerja menaik taraf itu turut melibatkan penyelenggaraan lampu jalan, mengecat jalan dan penggantian papan tanda yang rosak di sepanjang jalan tersebut yang mana masalah itu berlarutan sejak sepuluh tahun lalu.

“Sebanyak RM350,000 peruntukan disediakan oleh Anggota Parlimen Kampar (Thomas Su Keong Siong) manakala selebihnya (peruntukan) daripada saya sebagai Anggota Parlimen Gopeng,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production