Malaysia Dateline

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Beri tumpuan kepada keselamatan dan kententeraman awam, titah Raja Muda Perlis

Tidak ada sebab untuk membangkitkan isu-isu antara kaum yang hanya akan berakhir dengan kekejaman, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah Islam adalah agama perdamaian dan harmoni dan oleh, adalah penting bagi kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

“Walaupun kita menganuti kepercayaan yang berbeza, tetapi dengan memahami dan mempelajari agama-agama lain, itu tidak bermakna ia menjejaskan kepercayaan kita sendiri.

Sebaliknya, ia akan menjadikan kita lebih bertoleransi, menghormati dan menghargai mereka yang bukan dari kepercayaan yang sama, ” titah baginda ketika berkenan melancarkan program “Dr Zakir Naik: The Perlis Tour 2018 ” di Dewan 2020 di sini malam ini.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik akan membentuk masyarakat yang lebih baik ke arah masa depan yang lebih membawa kebaikan.

— BERNAMA