Malaysia Dateline

‘Berilah peluang kepada pemimpin muda’

Tokoh wartawan, Datuk Abdul Kadir Jasin berpendapat ruang dan laluan perlu diberi kepada pelapis pemimpin muda.

Gesaan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Berhad berkenaan timbul ketika situasi politik tanah air tidak menentu pada masa ini.

“Berilah peluang kepada pemimpin muda. Pemimpin senior hari ini pun muda juga masa dibagi amanah untuk memimpin,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Bekas Penasihat Komunikasi dan Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri itu berkata, Malaysia perlu mencontohi negara-negara Scandinavia, New Zealand malah Indonesia dalam memberi peluang kepada pemimpin muda.

“Kita kena berubah. Politik kita sudah terlalu personal dan beracun,” tegasnya.

LANJUT MENYUSUL