Berita baik untuk Azmin, Sarawak benarkan kedai gunting rambut 9 Jun
"SOP seperti had jumlah pengunjung, penjarakan sosial, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya akan dimaklumkan nanti," kata kenyataan itu.

Berita baik untuk Azmin, Sarawak benarkan kedai gunting rambut 9 Jun

Berita baik untuk Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Sarawak memutuskan untuk membenarkan aktiviti kedai gunting rambut beroperasi mulai 9 Jun ini di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, hanya aktiviti gunting rambut sahaja dibenarkan beroperasi pada tarikh berkenaan.

“JPBN hanya memutuskan kedai gunting rambut sahaja dibenarkan untuk beroperasi mulai 9 Jun ini.

“Tetapi ingat, tiada urutan muka, badan dan sebagainya,” tegas kenyataan itu selari dengan permintaan Azmin agar kedai gunting rambut dibuka namun ditolak oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Kata kenyataan itu lagi, prosedur pengendalian standard (SOP) berkaitan pengoperasian kedai gunting akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

“SOP seperti had jumlah pengunjung, penjarakan sosial, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya akan dimaklumkan nanti.

“Selain kedai gunting, JPBN turut memutuskan Taman Perlindungan Semula Jadi iaitu Samajaya, Bukit Lima, Bukit Sembiling dan Piasau akan dibuka pada pada 8 Jun 2020 dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan,” ujar kenyataan itu.

COMMENTS

Wordpress (0)