Kecoh di Pejabat Amanah, pembantu Rosmah dihalang masuk jumpa Rafizi

Kecoh di Pejabat Amanah, pembantu Rosmah dihalang masuk jumpa Rafizi

Berlaku kekecohan di Pejabat Amanah Kuala Kangsar apabila pembantu kepada isteri perdana menteri Rizal Mansor bersama sekumpulan pemuda Umno cuba merempuh pintu selepas tidak dibenar masuk menghadiri sidang media yang dibuat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Kekecohan berjaya dikawal petugas keselamatan Amanah.Kekecohan hampir lima minit itu berlaku apabila Rizal berdegil untuk masuk walaupun tidak dibenarkan sehingga berlaku saling berbalas cakap dan rempuhan fizikal.

Insiden itu juga menyebabkan beberapa wartawan turut menjadi mangsa apabila tersepit di tengah-tengah antara mereka.

Sidang media Rafizi hari ini adalah penerusan kepada pembongkaran isu penggunaan jet mewah oleh Rosmah yang didedahkan beberapa hari lalu.

Sementara itu, Rizal yang didakwa datang dari Kuala Lumpur, berkata beliau mahu mendengar sendiri apa yang mahu dikatakan Rafizi dan bersedia untuk menjawab semua pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu.

Mereka sebelum itu tiba di perkarangan Pejabat Amanah jam 11.30 pagi sementara sidang media Rafizi dijadual berlangsung jam 12.00 tengahari.

Bagaimanapun Rafizi hanya tiba kira-kira jam 12.30 tengahari.

Kumpulan itu kemudian beredar tanpa menunggu sidang media tamat.

Kecoh di pejabat Amanah Kuala Kangsar apabila pembantu Rosmah dan sekumpulan pemuda Umno ingin merempuh masuk.

COMMENTS

Wordpress (0)