Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Berita palsu: Lim Guan Eng ambil tindakan undang-undang

Berita palsu: Lim Guan Eng ambil tindakan undang-undang

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 15, 2020 6:01 pm




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengarahkan peguam beliau untuk mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin Pemuda Umno Kebangsaan dan juga terhadap beberapa penyokong BN, Umno, dan Pas yang telah menyebarkan berita palsu terhadap beliau dan anaknya.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seorang pemimpin Pemuda Umno yang menggunakan nama “Papa Azri” mula menyebarkan penipuan ini dengan mengatakan yang saya telah terbang ke Singapura pada 29 Februari selepas anak lelaki saya ditahan di Lapangan Terbang Singapura kerana membawa wang yang berjumlah RM2 juta tanpa membuat perisytiharan yang sepatutnya.

“Berita ini kemudian tersebar pantas dalam kalangan kumpulan-kumpulan penyokong BN dan Umno, terutamanya di laman web mereka.

“Bahkan Media Chinese International Limited (MCIL) juga telah terlibat dalam perbuatan ini di mana dalam kesungguhan mereka untuk mencemar nama pimpinan Pakatan Harapan, satu akhbar mereka telah menyiarkan berita palsu ini tanpa sebarang pengesahan profesional.

“MCIL terdiri daripada Sin Chew, Guang Ming, China Press dan Nanyang,” kata bekas Menteri Kewangan itu.

Menurut Guan Eng, Ketua Polis Negara telahpun menafikan kedua-dua laporan ini sebagai satu perkara yang salah.

Katanya, pada 29 Februari, beliau berada di Kuala Lumpur sepanjang hari dalam cubaan untuk mempertahankan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik dan mandat rakyat yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan tegas dan menahan penyebar berita palsu ini yang telah menyakiti individu yang tidak bersalah, bagi melindungi semua rakyat Malaysia.

“Keluarga saya berasa marah dengan tuduhan yang tidak bermaruah seperti ini yang telah menjadikan anak kami sebagai sasaran sedangkan mereka tidak pun terlibat dengan politik.

“Adakah Umno akan mengambil tindakan terhadap pemimpin dan penyokong mereka yang terlibat dalam perbuatan yang haram, tidak beretika, dan tidak bermoral seperti ini?

“Adakah kerajaan baharu yang tidak diundi rakyat ini juga akan mengambil tindakan terhadap perbuatan buruk ini?” soal Ahli Parlimen Bagan itu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production