Berjalan dengan  pembangkang, menunjukkan kematangan politik Muhyiddin, kata penganalisis

Berjalan dengan pembangkang, menunjukkan kematangan politik Muhyiddin, kata penganalisis

Viral foto Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan seiringan dengan kumpulan ahli parlimen Pakatan menuju Dewan Rakyat di Parlimen, semalam menunjukkan kematangan berpolitik kata penganalisis politik.

Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi. Gambar tersebut dipetik menerusi laporan portal www.suara.tv.com semalam.

Menurut laporan yang dipetik situasi itu tidak menggambarkan kenyataan Muhyiddin yang sebelum ini ingin menyelamatkan parti keramat Melayu itu.

Muhyiddin dilihat berjalan seiringan bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; serta beberapa ahli parlimen pembangkang lain. ‎

Bagaimanapun lapor Sinar Harian, penganalisis politik Universiti Selangor (Unisel), Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, berkata, perbuatan Muhyiddin yang berjalan beriringan bersama pembangkang tidak perlu diperbesarkan.

Ini kerana menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan untuk duduk semeja selepas tamat ‘perbalahan’ panjang dalam Dewan Rakyat.

“Saya pernah terserempak dengan dua ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan yang boleh minum dan boleh ketawa bersama-sama di luar Parlimen. Itu normal, bukan perkara luar biasa.

“Saya rasa Muhyiddin hanya ingin menunjukkan kematangan berpolitik. Muhyiddin melakukan perkara yang betul,” katanya.

Menurut beliau lagi, tingkah laku dan tindak tanduk Muhyiddin hanya boleh dipersoal sekiranya pemimpin Umno itu muncul dan bercakap dalam majlis pembangkang.

“Kalau beliau bercakap dalam program pembangkang, yang itu pelik. Kalau beliau hanya berjalan bersama, itu dikira biasa sahaja,” katanya lagi.

TAGS