Berjaya Corp ambil alih Berjaya Land membabitkan sejumlah RM87.40 juta

Berjaya Corp ambil alih Berjaya Land membabitkan sejumlah RM87.40 juta

Berjaya Corporation Bhd mengambil alih 4.61 peratus kepentingan dalam Berjaya Land Bhd membabitkan sejumlah RM87.40 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata cadangan pengambilalihan itu merupakan peluang untuk meningkatkan lagi kepentingan ekuiti dalam Berjaya Land.

“Cadangan pengambilalihan itu akan menghapuskan sebarang kemungkinan penurunan dalam harga pasaran Berjaya Land dan pada masa yang sama memastikan kumpulan itu meningkatkan penyertaan ekuiti dalam pertumbuhan dan prospeks masa depannya,” katanya.

Berjaya Land terlibat dalam segmen perniagaan termasuk pertaruhan toto dan aktiviti berkaitan, pembangunan hartanah, hotel dan resort, peniagaan kenderaan bermotor, dan kelab, rekreasi dan lain-lain.

Penyumbang utama hasil dan keuntungan kumpulan ialah perniagaan operator nombor ramalan menerusi Berjaya Sports Toto Bhd.

— BERNAMA