Tular di media sosial rakaman sekumpulan orang berlari menyelamatkan diri dengan pakaian dan tubuh mereka disambar api dalam kebakaran di wilayah Chonburi, Thailand malam tadi.
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 35 lagi cedera dalam nahas di kelab malam Mountain B di daerah Sattahip bermula sekitar jam 1 pagi tadi waktu tempatan.
Menurut Kolonel polis, Wuttipong Somjai, kesemua mangsa adalah warga Thailand, lapor Agensi dipetik Berita Harian.
Kebakaran berjaya dikawal selepas kira-kira tiga jam kelab malam itu terbakar.
Thailand beberapa kali mencatatkan nahas kebakaran di bar serta kelab malam dengan paling tragis pada 2009.
Sebanyak 67 orang mati dan lebih 200 orang lagi cedera semasa pesta Malam Tahun Baharu di kelab malam Santika di Bangkok ketika itu.
Baca juga Musibah kebakaran di Kota Bharu, kerajaan wajib bertanggungjawab
Baca juga Selepas bercinta empat tahun, majlis kahwin jadi mimpi ngeri