Malaysia Dateline

Bermacam rupa nasi lemak, tapi nombor tiga tu ‘nasi alamak’

Bermacam rupa nasi lemak bukan sahaja di Malaysia malah sudah merentas negara dengan identiti tersendiri. Di Singapura, hidangan nasi lemak wajib ada ikan selar kuning goreng dan telur dadar.

Pernah ada artis komedi wanita Singapura beritahu nasi lemak yang dipercayai kaum Cina jual ditambah dengan makanan berproses seperti nugget dan sosej.

Lebih 100 tahun lalu, pegawai British, R.O Winstedt pernah menulis mengenai nasi lemak sebagai makanan khusus bangsa Melayu dalam bukunya, ‘The Circumstances of Malay Life’.

Buku yang diterbitkan pada 1909 itu turut menyertakan resepi memasak nasi lemak:

“Dia (tukang masak Melayu) akan menanak nasi bersama dengan rempah seperti jintan, cengkih, pala dan halia dan bawang putih, dalam titisan atau minyak kelapa; atau dia akan menanaknya dengan santan dan bukannya air…”

Namun, dengan kempen gaya hidup sihat ketika statistik masalah obesiti di Malaysia serius makin terus meningkat, wujud ‘mitos’ kononnya nasi lemak tidak sihat walhal makan apa pun kalau berlebihan hatta ubat tetap mendatangkan mudarat.

Majalah antarabangsa, TIME pada tahun 2016 telah menyenaraikan nasi lemak sebagai 10 makanan yang paling sihat di dunia yang kemudian dirai melalui pemaparan Google Doodle.

Berikut rupa hidangan nasi lemak yang dikongsikan media sosial:

1. Sambal ikan masin

Nasi lemak di Kedah ini masih dijual RM1 sebungkus ketika kadar inflasi makanan sekarang semakin melambung.

Ada pelbagai pilihan sambal. Boleh pilih mahu nasi lemak sambal sotong kering, sambal ikan masin atau sambal bilis telur.

2. Jangan datang pagi

Jangan datang pagi, belum buka lagi. Gerai Nasi Lemak Station di Semerah, Batu Pahat ini mula beroperasi jam 6 petang hingga 11.30 malam.

Menunya ada ayam berempah, sambal sotong dan sambal kerang. Terletak di simpang masuk Kampung Semerah Darat, nasi lemak ini memang jadi sebutan orang ramai.

3. Hidangan ‘terpaling lengkap

Bukan sebarang nasi lemak tapi ini ‘nasi alamak’. Busana gaya parodi ini gambaran hidangan sebungkus nasi lemak lengkap dengan elemen utama seperti sambal, telur, timun dan ikan bilis.

Gaun ala potongan berkemban dan meleret itu pula digandingkan bersama daun pisang tambah menyerlahkan kesempurnaan ‘nasi alamak’.

Baca juga ‘Menarik rambut dalam tepung’ rupanya ada kaitan mati, ini 10 peribahasa Melayu jati buat bakal jenazah

Baca juga Budak ini cari tempat strategik untuk sorok diri, tapi tersekat pula dalam mesin basuh