Malaysia Dateline

Pandalela Rinong

Berpuasa penuh, Pandelela tabik kepada umat Islam

RATU terjun negara kelahiran Bau Sarawak, Pandelela Rinong menzahirkan rasa hormatnya terhadap umat Islam yang berpuasa selama sebulan.

Pandelela menerusi kiriman di Instagram rasminya memberitahu bahawa beliau telah berjaya berpuasa penuh selama sehari dan mengakui membuatkan dia merasai nikmat kehausan sebenar.

“Pertama kali berpuasa penuh seharian membuatkan saya dapat merasai nikmat kehausan sebenar. Saya benar-benar ‘respect’ kepada orang Islam yang berpuasa selama sebulan.

“Sekiranya saya hanya baring tanpa melakukan apa-apa mungkin saya akan teruskan berpuasa tapi saya tak boleh lebih-lebih lagi saya melakukan senaman.

“Justeru, saya amat kagum dengan rakan atlet saya yang beragama Islam yang berpuasa,”ujarnya lagi.

Dalam kiriman itu, Pandelela turut berkongsi video sedang minum segelas air dengan hantaran tersebut mendapat reaksi ramai pengikutnya yang memuji dan menghargai usahanya itu.

Pandelela, merupakan atlet terjun wanita pertama negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik pada 2016.