Malaysia Dateline

Bersalah atas 90 pertuduhan, pelajar sekolah jadi sasaran – Perogol pura-pura jadi juruteknik elektrik

Seorang lelaki Afrika bersalah atas 90 pertuduhan merogol dalam keganasan selama sembilan tahun dengan berpura-pura sebagai juruteknik elektrik.

Tertuduh Nkosinathi Phakathi, 38, menyasarkan pelajar perempuan yang sedang dalam perjalanan ke sekolah atau wanita keluar bekerja pagi atau petang.

Kes yang menggemparkan Afrika Selatan itu menyaksikan sebahagian mangsa membabitkan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun.

Ekoran itu, mahkamah di Palm Ridge dekat Johannesburg, Afrika Selatan semalam mendapati lelaki berkenaan bersalah ke atas kesemua 90 pertuduhan terbabit.

“Malah ada di antaranya disasarkan di kawasan mangsa sendiri. Katanya, dia akan berpura-pura sebagai juruteknik elektrik yang datang untuk membaiki peralatan rumah dan merogol (mangsa)…

“Dalam beberapa keadaan dia merogol lebih daripada seorang pada satu-satu masa,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pendakwaan Negara (NPA), Lumka Mahanjana dalam satu kenyataan.

Menurut LPA, kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dengan yang paling muda berusia sembilan tahun dan paling tua 44 tahun.

Phakathi melakukan perbuatan itu di sekitar Ekurhuleni, timur Johannesburg, antara 2012 dan 2021.

Menurut pihak berkuasa, Phakathi ditahan Mac tahun lalu, selepas cuba pergi semula ke salah sebuah rumah mangsanya.

Polis dilaporkan menembak kaki Phakathi dan selepas kejadian itu, kakinya itu terpaksa dipotong.

Semalam, Phakathi yang memakai jaket berhud berwarna kelabu yang minggu lalu mengaku bersalah di atas 148 pertuduhan, duduk dengan kepalanya disembamkan ke lengan tampil dengan bertongkat, ketika hakim membacakan semua senarai pertuduhannya.

Dia disabitkan dengan 90 pertuduhan merogol, empat pertuduhan merogol secara paksa, tiga pertuduhan memaksa atau menyebabkan kanak-kanak menyaksikan perbuatan seksual, 43 pertuduhan menculik, dua pertuduhan menyerang serta empat pertuduhan mencuri.

Hukuman dijadualkan pada awal bulan depan.

Kerajaan bercadang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang membawa mesej kuat bahawa kesalahan keganasan berasaskan jantina tidak akan diterima,” kata Mahanjana.

Keputusan itu dibuat seminggu selepas Presiden Cyril Ramaphosa berkata, keganasan berasaskan jantina harus dianggap sebagai ‘pandemik’ utama yang menjejaskan negara, kerana tiada satu hari pun berlalu tanpa laporan baharu jenayah ‘mengerikan’.

Menurut Ramaphosa, data polis menunjukkan kesalahan seksual meningkat 13 peratus antara 2017 dan 2018 dan 2021 dan 2022, manakala pembunuhan wanita meningkat 52 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Beberapa penyokong hak wanita telah menuduh kerajaan tidak melakukan mencukupi untuk menangani keganasan terhadap wanita.