Bersatu ada pengaruh sendiri jadi pencabar Umno pada PRU14

Bersatu ada pengaruh sendiri jadi pencabar Umno pada PRU14

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diasaskan dan diterajui Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pengaruh yang kuat untuk menjadi pencabar Umno dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ahli Parlimen Gua musang Tengku Razalegih Hamzah memberi peringatan kepada kepimpinan BN dan Umno agar tidak mengambil mudah dengan penubuhan parti Bersatu.

Beliau dipetik berkata, kepimpinan parti itu dikepalai pemimpin-pemimpin berpengaruh dan berpengalaman.

“Tun Mahathir mempunyai pengaruh dan namanya masih disanjung.

“Tan Sri Muhyiddin pula (bekas Timbalan Perdana Menteri) bukan calang-calang pemimpin. Mereka tetap ada pengaruh sendiri.

“Ini amaran kepada semua parti terutamanya Umno. Jangan ambil mudah kerana parti ini (Bersatu) boleh jadi gagah. Ini semua adalah lawan yang mahu mencabar kedudukan Umno.

“Namun, gagah atau tidak, kita tengoklah nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Kem Kecemerlangan Perdana di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang, semalam.

COMMENTS

Wordpress (0)