Bersatu akan tubuh Jawatankuasa Khas perhalusi kemasukan ke Sarawak

Bersatu akan tubuh Jawatankuasa Khas  perhalusi kemasukan ke Sarawak

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang menimbangkan kemungkinan akan menubuhkan cawangan parti itu selepas menubuhkan Jawatankuasa Khas  untuk memperhalusi kemasukannya di  Negeri Sarawak.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, parti itu belum membuat sebarang ketetapan mengenai penubuhan sayapnya di negeri itu sebagaiana dilaporkan media.

“Majlis Pimpinan Tertinggi belum lagi meluluskan penubuhan Badan Pimpinan Negeri mahupun mana-mana bahagian dan cawangan parti di negeri itu.

“Fasal 11 Perlembagaan parti menetapkan kuasa meluluskan penubuhan sayap merangkumi bahagian dan cawangan di sebuah negeri atau Wilayah Persekutuan terletak sepenuhnya kepada anggota MPT,” ujarnya dalam kenyataan lewat petang ini.

Bagaimana kata Dr Shahruddin lagi, MPT akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Penubuhan Bersatu untuk Sarawak bagi memperhalusi perkara ini.

Sejak semalam tersebar desas desus Bersatu akan ‘diterima masuk’ ke Sarawak apabila satu majlis penubuhan cawangan parti itu dijadualkan berlangsung malam semalam.

Penubuhan cawangan parti itu turut dilihat mewujudkan lebih banyak pilihan kepada rakyatnya, terutama dalam kalangan Bumiputera untuk mewakili suara mereka, yang selama ini cuma bergantung kepada Parti Bumiputera Bersatu (PBB) selaku parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kemasukan Bersatu itu dilihat seiring dengan rakan komponennya dalam PH seperti DAP, PKR dan AMANAH yang sudah lama bertapak di Sarawak.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote